Selasa, 22 Disember 2015

Apa yang istimewa mengenai Lexee nih?

Assalamualaikum you alls...

harini mama lexee nk share lagi kat uolls mengenai apa yg istimewanya sangat pasal lexee ni

Tuala Wanita Lexee dirumus dengan formula istimewa dengan ciri berikut:

Nano Infrared
  • Menyahjangkitan,
  • mengelakkan bau, 
  • mengaktifkan sel-sel, 
  • menggalakkan peeredaran darah dan kadar metablisme, 
  • mengimbangakan asid dalam badan, 
  • menyingkirkan toksisn dan sisa dalam badan, 
  • mencegah penyakit uterus dan ovari 
  • mengurangkan senggugut

Ion-Ion Negatif  
  • Penapisan darah
  • Menyelaraskan sisten saraf otonomi
  • Mengaktifkan sel-sel
  • Meningkatkan daya tahan badan 

Aktif Oksigen

Pembunuh bakteria dan memberi keselesaan


Bunga Melur dan Pudina

  • Menyegarkan
  • Mententeramkan emosi dan kesakitan senggugut
  • Menghapuskan bau yang kurang menyenangkan


Haaa...apa lg uolls....
meh la wassap mama laju2 yek...
pe kate uolls try dulu 1 ke 2 ke 3 ke byk2 ke pad lexee ni...
xrugi pn mencuba...

wassap mama yerkkk....0133702955

Cuba Dulu Baru Tahu

Assalamualaikum semua...

Mama lexee arini ingin memberitahu harga bagi setiap pad lexee

Untuk Pantiliner : RM20 / 30kpg

Untuk Pad Day : RM18 / 10kpg

Untuk Pad night : RM18 / 8kpg

Bagi yang ingin membuat order , jgn segan silu la meWassap mama lexee yer..:)
0133702955

Thanks you all yang support mama...

Isnin, 29 Jun 2015

History lexee

Sejarah...
LEXEE diperkenalkan khusus untuk kaum hawa yang sejak kebelakangan ini sedar dan prihatin berkenaan peningkatan gangguan ginekologi (sakit puan) dan kekurangan amalan kebersihan dikalangan kaum wanita.
Walaupun hanya didalam bentuk “pantiliner” dan tuala wanita,LEXEE telah dibentuk dengan prihatin dan mengandungi kombinasi penyelidikan teknologi canggih dan bahan-bahan herbal tradisional.
LEXEE memberi pelindungan dan penjagaan kepada wanita daripada ketidakselesaan semasa haid sehingga kepada menangani pelbagai gangguan ginekologi ringan tersebut dan amalan kebersihan.
Gangguan-gangguan ringan tersebut boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar dan terbukti LEXEE mampu mengatasinya..
In Sya Allah...dengan izinnya..

Salam sayag
mama lexee
013 3702955

Inovasi tuala wanita

Bermula dari zaman Mesir Kuno, orang Mesir kuno sudah mengunakan tuala wanita pada masa itu yang dibuat dari daun papyrus yang dilembutkan dan  bentuknya seperti tampon. Lalu berkembang di Yunani kuno dengan  menggunakan bahan kapas halus dan dan dibungkus kayu kecil. 


Pelbagai macam bahan yang digunakan untuk membuat tuala wanita seperti rumput  kering , wol, kapas, bekas kain, mahupun serat sayuran. Bentuknya sama  dimasukan kedalam bekas dan diletakan di antara kedua kaki.

Pada tahun 1867 menstrualcup ditemui. Mangkuk ini diletakan kedalam bekas kain yang dihubungkan dengan belt  yang diikat di pinggang. Pada masa itu, wanita tidak menggunakan  apa-apa alas, sehingga habis datang bulan mereka memakai  pembalut tersebut.

Pada tahun 1876, bahan dari mangkuk menstruasi tersebut diganti bahannya  menjadi bahan serapan yang memungkinkan dapat menampung darah haid, lalu  terus mengalir melalui salur terus ke bekas takungan yang  dipasang pada luar badan. Namun, yang menggunakan menstrual cup  hanya orang-orang tertentu saja. Orang kurang mampu masih menggunakan kain yang  boleh dicuci dan dipakai berulang kali, kerana mereka tidak mampu membeli menstrual cup.

Sehinggalah pada perang dunia pertama, barulah disposable pads  (tuala wanita sekarang ini) muncul. Seorang jururawat Perang Dunia pertama,  ketika itu mereka menyedari bahawa kain pembalut yang mereka gunakan untuk  membalut luka tentera ternyata boleh mereka gunakan ketika haid. Lalu  pada tahun 1900-an, disposable pads dibuat.

kxtxx adalah brand pertama tuala wanita dibuat di Amerika pada tahun 1920.

Inovasi pun terjadi. Pada tahun 1960-an, tuala wanita yang menggunakan belt  mulai digantikan dengan tuala wanita yang menggunakan pad. Pad tersebut  berfungsi untuk menahan cairan pada bahagian bawah seluar dalam. Bahannya pun  diganti, yang pada mulanya menggunakan bahan wood fiber dan cotton fiber, sehingga  bahan-bahan lainnya seperti gel. Sampai sekarang, inovasi tuala wanita terus dilakukan, yang disesuaikan dengan keadaan dan perkembangan wanita

Sejarah Tuala Wanita

Dulu masa zaman nenek moyang kita, istilah tuala wanita ni memang tak pernah ada pun. Kalau datang bulan, guna cara tradisional jer samada pakai kain batik yang dipotong kecik-kecik atau yang lebih advance skit guna tuala good morning. Tapi bila zaman dah berubah, istilah tuala wanita menjadi pilihan wanita zaman sekarang. Saya masih teringat lagi sewaktu kecil. Kakak saya mintak tolong belikan SANITA kat kedai. Saya tanya dulu kakak, “SANITA tu apa?”. Kakak kata “Pak Kanu kat kedai tu mesti tau punyer. Suruh dia bungkus dengan kertas surat khabar tau”. Saya pun tak banyak tanya, ikut sahaja apa yang kakak suruh. bila tiba di kedai baru la saya tahu SANITA tu apa, rupanya tuala wanita. Harga cuma RM10 tapi masa tu kotaknya besar berbanding sekarang ni.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa tentang kandungan sebenar yang terdapat di dalam sanitary pad ini. Memang la, bukan kerja kita untuk kaji lebih mendalam pun bagaimana pembuatan tuala wanita pakai buang ni. Kita hanya pengguna yang mendapat servis sahaja. Jadi saya akan berkongsi dengan anda tentang tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang.
Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Nak tukar dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih adalah menggunakan agen peluntur yang kuat termasuklah yang dipanggil Klorin. Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan besar masih ada yang tertinggal pada serbuk kayu tadi sebelum digembur untuk menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas. Apabila kesemua proses telah selesai, syarikat-syarikat tuala wanita akan mengambil bekalan tersebut untuk dipatenkan sehingga menjadi tuala wanita yang ada sekarang. Kalau di dalam televisyen, di dalam iklan tuala wanita yang menceritakan tentang design terbaru, bentuk yang fleksibel dengan aliran udara dan bermacam-macam lagi. Sama juga dengan lampin bayi pakai buang yang dijual di pasaran serta lampin orang tua. Konsep dan cara pembuatan adalah lebih kurang sama.
Pulpa kayu, dari hitam sehingga menjadi warna putih gebu
Zaman sekarang ni, kaum wanita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur 10 tahun. Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kaum hawa dah mula terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari. Bahan-bahan yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. Jadi tidak hairan la kalau seawal usia 30’an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi. Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita. Kesan sampingan yang ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun lamanya nampak kesan sampingan.
Sebagai pengguna yang mementingkan kesihatan, pemilihan produk yang berkualiti amat dititikberatkan agar memperolehi kesejahteraan hidup yang berpanjangan.  Saya tidak memaksudkan yang tuala wanita yang terdapat di pasaran adalah tidak bagus untuk digunakan. Apa yang saya cuba terangkan adalah, kita memerlukan produk yang boleh“recover” semula kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita melalui pelbagai cara tanpa disedari. Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar semula, potensi untuk berpenyakit adalah tinggi.
Sekian untuk renungan bersama.
Salam sayang
mama lexee 013 3702955